Bantuan KBS Pendaftar_Pertubuhan_Belia

Bantuan aktiviti KBS yang dikendalikan oleh cawangan Pembangunan Sosial memberi sekurang-kurangnya sebanyak RM3,000 kepada persatuan-persatuan belia. Ini diharap mampu menjadi rangsangan untuk mereka menjalankan aktiviti kepada ahli masing-masing. Bagi persatuan yang baru ditubuhkan, KBS juga memberikan bantuan awal sebanyak RM1,000 bagi membolehkan mereka membuat mesyuarat, kerja-kerja pentadbiran dan sebagainya. Peluang ini diharap dapat menambahkan lagi jumlah persatuan belia di setiap daerah dan negeri.[1]